RSS

miss them

pertambahan usia berkadar langsung dengan pertambahan pertemuan

ya aku mengaku ramai insan-insan yang telah ak jumpa

tapi mereka tak sama dengan kamu-kamu

ada ketika aku amat merindui kamu-kamu

ada ketika aku sangat cemburu melihat dari jauh perkembangan dan perjalanan hidup kamu-kamu

kerana aku tiada di sisi kamu-kamu di saat itu

aku amat rindu kamu-kamu

ada ketika 'ia' jatuh membasahi bumi hanya kerana terlalu rindu kepada kamu-kamu

rindu itu amat menyakitkan bagi aku

kamu-kamu ! bila gaknya kita akan berjumpa, bergelak ketawa dan menghabiskan masa bersama ?



HIDUP penuh dengan suka duka, ceria, gembira, sedih, kecewa, merana,

dihina, dicerca, dipuji, disanjung, dirai, dihargai, dianiaya, ditindas, diabai, dicerca, dimaki, disisih, dihormati, dicontohi

HIDUP juga dihiasi dengan kata dusta, benar, bohong, tipu, jujur, ikhlas,

itu semua hiasan dan warna dunia

perjalanan insan tiada yang sama mahupun serupa

setiap perjalanan ada bezanya

setiap perjalanan ada terang dan malapnya, ada turun dan naiknya, ada panas dan hujannya, ada hitam dan putihnya

setiap insan merancang, bercita-cita, berimpian

ada yang meraih kegembiraan di hujung perjalanan

tidak kurang juga yang menjumpai jalan yang samar

malah ada yang mendekati jalan buntu, jalan mati